Permata Yang Hilang • 1. The Lost Jewel Seni Nafkah Batin Koleksi Ilmiah Islam, Tradisional Serta Moden Khas Untuk Bakal Pengantin Dan Suami Isteri IbnuYusof www.pengantin.wasap.my • Makluman: E-Book Permata Yang Hilang ini kami hadiahkan kepada anda sebagai Naskhah Peribadi Ianya adalah untuk kegunaan peribadi sahaja dan tidak diizinkan untuk pengedaran. Ikhlas dari, IbnuYusof www.pengantin.wasap.my • Permata Yang Hilang 4 Mafhum Firman Allah: Perempuan-perempuan itu ladangmu, maka datangilah ladangmu sebagaimana kamu kehendaki dan kerjakanlah (amalan) untuk dirimu. Takutlah kepada Allah dan ketahuilah, bahawa kamu akan menghadapiNya. Dan berilah khabar gembira orang-orang yang beriman'. Surah Al-Baqarah - 223 Permata Yang Hilang buat isteri disayang sebuah puisi yang belum selesai buat anak-anak yang dikasih sebungkus bekalan buat ke ladang buat segelintir pencari permata yang tahu menilai cahayanya.
Www.pengantin.wasap.my • Permata Yang Hilang 5 'Jika kita bukan pelita yang mampu menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang menemani di kegelapan'. -Madah Pujangga. PENGHARGAAN Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Khatib Tuan Hj Mohd Yusof, Senator Dato Hj Ahmad, Tuan Hj Abdul Aziz, Tuan Hj Jusoh, Tuan Hj Tajuddin, Tuan Hj Zakaria, En Hamid, En Mohd Fuad, En Mustaffa, En Abd Rahman, Ustaz Abdul Hamid, Ustaz Hj Omar, Tuan Hj Idris, Hjh Anis, Puan Selamah dan beberapa guru lagi yang telah sudi mengajarkan berbagai pengetahuan yang amat berguna bagi melengkapkan isi buku ini. Sesungguhnya jasa-jasa mereka tetap akan bermanfa'at kepada masyarakat dan dikenang zaman berzaman. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada beberapa saudara dan rakan yang telah memberikan galakan, saranan serta kemudahan rujukan selama proses penulisan buku berlangsung dan sesungguhnya itu terbit dari perasaan yang tulus ikhlas demi faedah generasi yang kemudian. Semoga kerjasama yang sedemikian dapat menjadi contoh kepada semua yang berilmu dan memanfa'atkan ilmu.
Ikhlas Dari,, IbnuYusof Permata Yang Hilang www.pengantin.wasap.my • Permata Yang Hilang 6 Jadual Kandungan Pengenalan...... 10 Muqaddimah...... 11 Al-Fatihah...... 13 Ringkasan Buku...... 14 Permata Yang Hilang..... 15 Kitab Yang Terhimpun..... 16 Menuntut Ilmu......
Jan 13, 2013 Meliputi muqaddimah mengingati guru-guru yang telah mengajarkan ringkasan buku, memahami apa dia Permata Yang Hilang, mengenai kitab yang terhimpun, konsep menuntut ilmu, sedutan kata dari Kitab An-Nikah oleh Imam Al-Ghazali, memahami bahawa perempuan itu untuk lelaki, faedah berkahwin, keperluan.
17 Sedutan Kata Imam Ghazali..... 18 Perempuan Untuk Lelaki..... 19 Faedah Berkahwin...... 20 Keperluan Berkahwin Dan Matlamatnya.... 21 Ilmu Senggama Bangsa Melayu.... 22 BAB FENOMENA ANGGOTA KELAMIN...
24 Faedah Mengetahui Anggota Jimak.... 25 Asal Usul Kejadian Manusia..... 26 Empat Unsur Kejadian Manusia.... 27 Antara Lelaki Dan Wanita..... 28 Kejadian Wanita......
29 Perempuan dan Jimak..... 30 Mengenal Faraj...... 31 Bahagian Zahir Faraj..... 32 Bahagian Dalam Faraj.....
33 Hakikat Selaput Dara..... 34 Bentuk-Bentuk Selaput Dara..... 35 Ural Jarum dan Sekitarnya..... 36 Gelaran Bagi Faraj Wanita..... 37 Rahsia Jenis Faraj Wanita..... 40 Empat Ciri Faraj Wanita..... 42 Tiga Saiz Zakar Lelaki.....
47 Tiga Saiz Faraj Wanita..... 49 Penyesuaian Saiz Zakar Dan Faraj.... 50 Gadis Lubang Tanduk..... 53 Ilmu Kemutan Faraj..... 57 Mengenal Ghairah Faraj.....
58 Payudara Dan Sekitarnya..... 59 Nafsu Jimak Seorang Perempuan.... 60 Rahsia Makam Yang Lima..... 61 Logika Makam Yang Lima..... 66 Rahsia Bahagian Yang Kiri..... 67 Zakar Seorang Lelaki.....
68 Zakar Jenis Berbeza..... 69 Rahsia Unsur Zakar...... 70 www.pengantin.wasap.my • Permata Yang Hilang 7 Saiz Zakar Dan Petua Jimak..... 72 Zakar Yang Sentiasa Bertenaga.... 74 Bertindik Zakar......
79 BAB PENJAGAAN BADAN MENERUSI PENCEGAHAN. 81 Ilmu Empat Tabib...... 82 Petua Pantang Larang..... 83 BAB PENJAGAAN BADAN MENERUSI LATIHAN FIZIKAL.
84 Ilmu Nafas...... 85 Ilmu Nafas Melayu...... 88 Nafas Ketahanan Apok..... 89 Ilmu Nafas Tajul Muluk..... 90 Ilmu Nafas Shiatsu Jepun.....
Pc cleaner pro activation key. 91 Faedah Menjaga Makan Minum.... 92 Tiga Jenis Guna Makanan..... 93 Makanan Menurut Islam..... 95 Disiplin Senaman Harimau..... 96 Senaman Harimau......
98 Disiplin Senaman Kucing..... 111 Senaman Kucing...... 112 Senaman Tiga Sedondon.....
122 Nafas Tiga Serangkai..... 124 Panji Teruna...... 126 Petua Adik Bangun Dulu..... 131 Petua Terumbu Batin..... 133 BAB TERTIB JIMAK..... 134 Faedah Mengetahui Tertib Jimak....
135 Kelebihan Jimak Cara Islam..... 136 Komentar Awal...... 137 Ringkasan Tertib Jimak Dalam Islam.... 138 Tertib Bergurau Senda.....
139 Rahsia-Rahsia Istimta’..... 140 Rahsia Sembilan Lubuk Berapi.... 144 Edaran Nafsu (Mani) Perempuan.... 149 Rahsia Cenderakala Kuno..... 150 Tiga Lubuk Nafsu...... 152 Inzal Tiga Peringkat..... 153 Doa-doa Percintaan Dan Pertemuan....
154 Strategi Dan Ganjaran..... 157 Ketika Terbaik...... 161 Tertib Sebelum Menghampiri Jimak.... 162 Tertib Menghampiri Jimak..... 164 Istimta' Sifatun Naum.....
166 Sasaran Istimta’ Sifatun Naum.... 167 www.pengantin.wasap.my • Permata Yang Hilang 8 Langkah Istimta’ Sifatun Naum.... 168 Istimta’ Kamasutra India..... 172 Istimta’ Dinasti Han Cina..... 173 Rahsia Ciuman...... 174 Berbagai Kaedah Ciuman..... 176 Cumbuan Sekitar Wajah.....
179 Langkah Cumbuan Sekitar Wajah.... 180 Kaedah Sentuhan Lidah..... 181 Tertib Memulakan Jimak..... 182 Tertib Meneruskan Jimak..... 183 Tertib Ketika Keluar Mani Dan Selepas Jimak... 184 Ilmu Nisa’...... 185 Rahsia Dan Praktik Ilmu Insan.....
187 Seni Kunci Damai...... 188 Membangkitkan Syahwat Suami.... 190 Petua Cina Kuno Melambatkan Pancutan Mani... 191 Senggama Petua Guru..... 192 Teknik Memasukkan Zakar Dan Berdayung... 193 Seni Dayungan Selam Mutiara....
194 Senggama Cumbu Tangan..... 200 Senggama Paksi Bumi..... 201 Pipit Sedih......
203 Langkah Makam Terakhir..... 205 Nasihat Berkaitan Jimak..... 207 Mandi Wajib......
208 BAB POSISI-POSISI JIMAK..... 209 Teknik Ciuman Kamasutra..... 210 Posisi Jimak Kitab Kuno.....
213 Posisi Senggama Kamasutra..... 215 Posisi Senggama Cina Kuno..... 218 Posisi Senggama Melayu..... 219 Posisi Senggama Barat..... 225 Posisi Taman Wangi.....
226 BAB BEBERAPA PETUA KETIKA JIMAK... 227 Tungguan Rindu...... 228 Petua Yin Yang Dalam Dayungan Senggama... 234 Jantina Anak Dari Hubungan Kelamin.... 235 Petua Barat Memilih Jantina Anak.... 236 Petua Barat Mendapalkan Anak Perempuan... 237 Petua Barat Mendapatkan Anak Lelaki....
238 Petua Barat Mengenai Masa Kesuburan Isteri... 239 www.pengantin.wasap.my • Permata Yang Hilang 9 BAB PEMULIHAN PRESTASI.... 240 Pengubatan Tenaga Batin..... 241 Petua Penjagaan Tenaga Batin..... 242 Mati Pucuk Masalah Semua Lelaki.... 244 Pentingnya Jiwa Yang Tenang....
245 Koleksi Penguatan Tenaga Batin.... 247 Petua Mengeraskan Dan Menguatkan Zakar... 250 Petua Melewatkan Pancutan Mani.... 251 Petua Membesarkan Zakar.....
252 Rahsia Khasiat Madu Rahim..... 253 Jangan Minum Air Mazi..... 255 Petua Menghebatkan Nikmat Jimak....
257 Maajun Hakim Abdullah dari Rome.... 259 Maajun Kuat Dari Rome..... 260 Maajun Sultan Mahmud Raja Melaka.... 261 Maajun Naskhah Khoja Muhammad Turki... 262 Amalan-Amalan Berkaitan Jimak....
263 BAB CATATAN AMALAN MISTIK DAHULUKALA.. 265 Hukum Amalan Mistik..... 266 Antara Sihir dan Jampi Serapah Melayu.... 269 Contoh Jampi Serapah Ilmu Kelamin.... 272 BAB UJIAN-UJIAN PERSONALITI....
274 Hakikat Bayangan Firasat..... 275 Tubuh Dan Kelakuan Wanita..... 277 44 Sifat Wanita...... 278 Firasat Anggota Badan..... 282 Rahsia Cara Wanita Berjalan..... 286 Firasat Tahi Lalat...... 288 Firasat Nilai Keturunan Bangsa....
290 Rahsia Tabiat Wanita..... 291 Bulan Melangsungkan Perkahwinan.... 292 Petung Perjodohan – Hari Kelahiran.... 293 BAB NOTA TAMBAHAN..... 294 Nota-Nota Tambahan..... 295 Catatan Penutup...... 300 Renungan.......
301 Saranan Pembacaan dan Rujukan Prima.... 302 www.pengantin.wasap.my • Permata Yang Hilang 10 Bab Pengenalan Meliputi muqaddimah, mengingati guru-guru yang telah mengajarkan, ringkasan buku, memahami apa dia Permata Yang Hilang, mengenai kitab yang terhimpun, konsep menuntut ilmu, sedutan kata dari Kitab An-Nikah oleh Imam Al-Ghazali, memahami bahawa perempuan itu untuk lelaki, faedah berkahwin, keperluan berkahwin dan matlamatnya dan liputan mengenai Ilmu Senggama bangsa Melayu secara umum. Www.pengantin.wasap.my • Permata Yang Hilang 11 Muqaddimah Assalamu 'alaikum Warahmatullah. Permata Yang Hilang ialah sebuah buku yang mencatatkan satu ilmu yang biasanya dirahsiakan dan pada zahirnya ditanggap oleh moral tradisional sebagai sesuatu yang pada dasarnya buruk. Masyarakat Melayu sendiri menganggap hubungan kelamin sebagai sesuatu yang kotor, jahat, destruktif dan seolah-olah merupakan sifat perlakuan orang yang berdosa walaupun pada hakikatnya ia dilakukan dengan pasangan yang sah. Di Barat pun dunia tradisional pada umumnya memberikan konotasi jahat kepada segala sesuatu yang berkaitan dengan hubungan kelamin. Golongan tua dari bangsa Melayu terutamanya yang mengutamakan menuntut ilmu secara berguru telah mempelajari dan mempraktikkan ilmu kelamin.
Menurut yang dimaklumkan kepada penyusun ilmu- ilmu ini dipelajari secara lisan dari pak kiyai, imam, pak baji, orang tua yang beristeri ramai, tabib dan tukang urut, pawang dan bomoh atau bidan dan tidak kurang juga dari kenalan dan rakan sebaya. Ilmu yang dipelajari itu berbeza-beza pula bidang penekanannya. Bidang Munakahat adalah yang paling umum dan asas. Bidang Ilmu Jimak pula biasanya hanya diajarkan kepada mereka yang telah dikenali lama tetapi jarang sekali diajarkan oleh bapa kepada anaknya. Ada juga yang mempelajari Ilmu Kelamin terutamanya dari sudut perubatan tabib apabila terpaksa iaitu jika timbul masalah dari segi kesihatan tenaga batin atau telah berkahwin lama tetapi belum mendapat anak.
Biasanya dalam hal ini ilmu itu dipelajari dari pawang, tabib, bidan dan tukang urut. Ada juga yang ingin belajar Ilmu Kelamin yang agak liar seperti cara memikat dan memukau wanita dan sebagainya yang biasanya mengandungi unsur khurafat. Golongan muda pada zaman sekarang berlainan cara hidupnya. Masa dan peluang untuk mempelajari Ilmu Kelamin bila mahu mendirikan rumahtangga dari orang-orang tua Melayu adalah terhad kerana kesibukan tugas. Ramai anak-anak muda Melayu (Islam) lebih suka membeli buku-buku Seksologi hasil penulisan sarjana Barat kerana ianya mempunyai pendekatan yang didakwa lebih saintifik dan lebih sesuai dengan cara hidup zaman moden. Namun satu perkara yang elok difikirkan ialah bahawa bentuk rumahtangga di Barat itu amat berbeza dari bentuk rumahtangga di Timur dan apa yang diajarkan oleh Islam sendiri.
Barat pula menghadapi masalah keruntuhan rumahtangga. Kegiatan seks liar juga berleluasa di sana. Banyak buku telah diterbitkan di Nusantara berkaitan dengan hal kebahagiaan rumahtangga tetapi mencedok terus teori Barat. Dari segi Ilmu Nafkah Batin buku yang diterbitkan amat kurang dan jika ada sentuhannya hanya kepada beberapa segi secara ringkas. Atas kesedaran itu penyusun telah mengumpulkan fakta-fakta Ilmu Nafkah Batin Islam dan berbagai punca lain agar dapat dihasilkan sebuah buku yang membincangkan Ilmu Nafkah Batin secara agak terperinci.
Dengan ini diharap dapat dinilai ketinggian taraf pendekatan Islam melalui kaedah perbandingan. Www.pengantin.wasap.my • Permata Yang Hilang 12 Nafkah batin secara umumnya bererti hak bersetubuh bagi isteri. Ia adalah antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh suami apabila bernikah.
Itulah asas pengertiannya. Secara perinciannya nafkah batin itu meliputi sedekah kepada hati, perasaan dalam hati, kepada jiwa bukan hanya kepada tubuh. Antara perkara yang juga termasuk dalam pengertian nafkah batin ialah menggauli isteri (dan suami) dengan baik dan mesra, bergurau senda, saling hormat menghormati, faham memahami, senyum dan ketawa riang, berbincang dan nasihat menasihati antara suami isteri. Itu semuanya menjadi santapan jiwa dan ianya telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Dalam rumahtangga baginda sebagai contoh kepada umatnya.
Seorang penulis Islam telah mencatat 'Namun memberikan nafkah batin bukanlah tanggungjawab suami saja. Malah merupakan tanggungjawab isteri (kepada suaminya)'.
Antara faktor penting mengapa manusia berumahtangga ialah mencari kebahagiaan dan kebahagiaan ialah rasa jiwa. Jalan kepada kebahagiaan itu ialah ketenangan jiwa atau batin. Di dalam rumahtangga nafkah batin itu diberi dan juga diterima. Ia adalah pergaulan yang baik serta lemah lembut Nafkah batin adalah antara santapan rohani. Santapan rohani lebih didambakan dari santapan jasmani dalam hal mencari kebahagiaan hidup. Ramai manusia menganggap bahawa nafkah zahir menjadi jalan bagi pemuasan nafkah batin.
Ianya tidak demikian malah nafkah batin itu yang menjadi jalan pemuasan nafkah zahir. Sekiranya suami dapat memberikan kemewahan material kepada isteri sedangkan dia tidak melayani isterinya dengan baik maka nafkah zahir itu dirasakan atau tiada mencukupi kerana batin tidak merasa puas. Begitu pula halnya dengan suami kepada isterinya.
Jelas bahawa apabila disentuh mengenai nafkah batin, Seni Nafkah Batin adalah pengetahuan strategik bagi mempraktikkan pergaulan yang mesra dan lemah lembut dalam rumahtangga bagi kepuasan batin. Kepuasan batin adalah ketenangan. Ketenangan itu boleh dicapai melalui ibadah kepada Allah s.w.t.
Dan pergaulan yang baik dalam rumahtangga itu merupakan suatu ibadah juga. Hubungan kelamin yang dilakukan dengan sempurna adalah satu jalan terbaik bagi kepuasan batin suami dan isteri. Ini kerana hubungan kelamin adalah kemuncak dari kemesraan yang dipupuk hari demi hari melalui kesetiaan, hormat menghormati, persefahaman, lemah lembut dan memenuhi tanggungjawab lainnya dalam rumahtangga. Dalam berusaha mencapai bahagia jangan lupa untuk berdoa ke hadrat Allah s.w.t kerana Dia yang berkuasa membalikkan hati serta menganugerahkan ketenangan dan kebahagiaan. Demikian serba ringkas mengenai tujuan buku ini ditulis dan konsep nafkah batin serta hubungan kelamin. Semoga dengan penerangan ini pembacaan dan pemahaman keseluruhannya mengenai isi buku ini tidak menyimpang dari matlamat asas ianya disusun. Www.pengantin.wasap.my • Permata Yang Hilang 13 Al-Fatihah Mukasurat ini dikhaskan untuk kita mengingai kembali para ulama Islam yang gigih da lam mengajarkan ilmu yang diketahuinya kepada murid-muridnya khususnya dalam ilmu berumahtangga yang dicatat dalam buku ini.